Dropship

Apa itu dropship?


Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

Jika anda ingin berniaga tanpa mengeluarkan modal, dropship adalah kaedah  yang terbaik. Ini bermakna anda boleh menjual tanpa modal, tanpa resiko dan tidak perlu membeli dan menyimpan stok.

Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di facebook,blogspot, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda!
Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.

Contoh :
Katakan anda jual kemeja panjang. Anda jual pada harga RM70 + RM10(pos) = RM80 ( pembeli bayar kpd anda) . Anda hanya perlu bayar kepada kami RM40 ( harga dropship) + RM10(pos) = RM50. Jadi anda akan dapat untung atau komisen sebanyak RM20. Itu hanya jika jualan sehelai. Jika jualan anda 5 – 10 helai sebulan. Selain kemeja anda juga dapat menjual pelbagai kategori pakaian yang lain seperti tshirt,topi,vest dan lain-lain. Anda boleh kira sendiri hasilnya dalam sebulan.
Anda dengan mudah membuat keuntungan tanpa modal membeli, tanpa perlu menyimpan stok dan tanpa perlu menghantar stok. Menarik bukan?

Kelebihan Berniaga Kaedah Dropship dengan kami.
1) Tidak perlu modal dan tidak perlu simpan stok.
2) Tidak perlu menghantar/membungkus barang.
3) Keuntungan yang diperolehi adalah keuntungan bersih.
4) Stok sentiasa up to date dan tidak pernah kehabisan stok.
5) Ahli Dropship adalah kumpulan yang pertama akan dimaklumkan apabila stok baru dimasukkan.
7) Anda berjimat kerana boleh membeli pelbagai jenis pakaian untuk kegunaan diri sendiri serta keluarga pada harga dropship/borong.

Cara Menjadi Ahli Droship :
Untuk menjadi ahli dropship anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan yuran keahlian dropship hanyalah RM50 ( sekali sahaja ) untuk mengaktifkan nombor keahlian dropship. Yuran pendaftaran tersebut hanya perlu dibayar sekali sahaja seumur hidup. Itu sahaja modal yang anda keluarkan untuk mula berniaga dan mendapat hak untuk mengguna dan menjual semua produk syarikat. Anda tidak perlu mengeluarkan modal ratusan ribu untuk membeli stok dan menjual barang yang sama. Tujuan yuran keahlian adalah untuk mengelak tujuan menjadi ahli untuk mendapat harga murah dan juga untuk memastikan permohonan keahlian hanya untuk yang serius menceburi bidang perniagaan .

Langkah untuk menjadi ahli :
1) Emailkan kepada kami  perkataan ‘ borang dropship’ . Emailkan ke fiftytwoenterprise@gmail.com
2) Kami akan balas email anda berserta borang permohonan keahlian dan penerangan dropship.
3) Emailkan kembali borang permohonan yang telah diisi beserta yuran keahlian.
4) Kemudian kami akan berikan no keahlian dan link untuk download semua gambar dalam tempoh 24 jam. Setelah mendapat nombor keahlian, anda mendapat hak untuk copy dan menjual semua produk syarikat yang mempunyai harga dropship.